2024年のマレーシアのカレンダー発売中

マレー語の物語「北風と太陽」

この記事内には、ご紹介する商品を閲覧・購入できるように広告リンクを設置しています。気になった商品やサービスがありましたら、ぜひリンク先をチェックしてみてください。

北風と太陽:Angin Utara Dengan Matahari

北風と太陽のマレー語版です。マレー語で北風は「Angin Utara (アンギン ウタラ)」、太陽は「Matahari (マタハリ)」といいます。

北風と太陽の力比べ、どちらが旅人の上着を脱がせることができるのか。どうぞマレー語の物語をお楽しみください。

マレーシア版北風と太陽

Angin utara dan matahari merupakan sahabat yang sangat rapat. Namun begitu, pada suatu hari mereka berdua bergaduh.

“Aku lebih kuat daripada kamu,” kata angin utara. “Jika aku bertiup, semua benda akan berterbangan.”

“Oh, itu sahajakah kekuatan kamu?” tanya matahari.

“Cahaya yang aku pancarkan boleh membuatkan orang merasa kepanasan dan berpeluh. Aku juga sangat panas menyebabkan semua orang takut pada aku dan mereka tidak akan berjalan di tengah panas terik. Jadi, akulah yang paling kuat!” kata matahari lagi.

Ketika mereka sedang baergaduh, tiba-tiba lalu seorang budak lelaki di situ.

“Kau nampak budak lelaki itu?” tanya angin. “Aku akan tunjukkan kekuatkan aku sehingga dia membuka jaketnya. Adakah kamu boleh berbuat demikian?”

“Baiklah, kamu tunjukkan kekuatan kamu itu, kemudian aku akan tunjukkan kekuatan aku pula,” kata matahari pula. “Sekiranya kamu berjaya melakukannya, bermakna kamu lebih kuat daripada aku.”

Angin utara pun mula bertiup. Semakin lama ia bertiup semakin kuat. Suasana menjadi terlalu sejuk. Budak lelaki itu merasa sungguh sejuk. Dia mengetatkan jaketnya.

マレー語のものがたり

Andin utara berasa kecewa dan marah melihat budak lelaki itu membutangkan jaketnya.

Ia bertiup dengan lebih kuat sehingga suasana menjadi sangat sejuk dan hampir menerbangkan budak lelaki itu. Akhirnya angin berhenti bertiup.

“Baiklah, aku akan buktikan kekuatan aku pula,” kata matahari.

Matahari pun mula memancarkan cahayanya. Suasana yang tadinya sejuk mula menjadi panas. Budak lelaki itu berasa panas. Dia pun membuka butang jaketnya.

マレー語の北風と太陽

Matahari memancarkan cahayanya dengan lebih terik lagi. Cuaca menjadi semakin panas. Budak lelaki itu mula berpeluh menyebabkan dia mula menanggalkan jaketnya.

“Hore, aku menang! Sememangnya aku lebih kuat daripada kamu,” kata matahari dengan gembira.

関連記事:マレー語での首相・王様の呼び方は?