マレー語の「ものがたり」②

マレーシア語のものがたり

犬と肉:Anjing Dengan Bayang-Bayangnya

Terdapat seekor anjing liar yang tinggal tidak berapa jauh dari sebuah pasar. Ia suka tinggal di situ kerana ia boleh mendapatkan makanan dengan mudah dari pasar.

Setiap hari ia akan pergi ke pasar untuk mencari makanan, menyebabkan peniaga di pasar tidak suka akan dirinya.

Pada suatu pagi, anjing liar itu pergi ke pasar. Dari jauh ia mekihat seorang peniaga daging sedang memotong daging.

マレー語ものがたり

‘Alangkah sedapnya daging yang segar itu…’ fikir anjing liar.

Ketika peniaga daging itu sibuk melayan pelanggannya, anjing liar itu segera melompat menghampiri bangku penjual daging lalu menyambar sepotong dagin. Kemudian, ia segera melarikan diri.

“Eh, anjing yang jahat! Berani kau mencuri daging aku!” Jerit peniaga daging dengan marah sambil mengejar anjing liar dengan pisau pemotong dagingnya.

マレー語

Namun anjing liar itu berlari terlalu pantas dan penjual daging tidak dapat mengejarnya.

Anjing liar berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang sungai. Setelah pasti akan keselamatannya terjamin, ia berhenti dengan termengah-mengah.

“Nasib baik aku tidak ditangkap, kalau tidak mati aku dikerjakannya,” kata anjing liar.

Anjing baik aku tidak ditangkap, kalau tidak mati aku dikerjakannya, kata anjing liar.

マレーシア語

Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai. Ketika ia menjenguk ke dalam sungai, ia berasa sungguh terkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang menggonggong sepotong daging yang lebih besar. Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayang-bayangnya sendiri.

‘Aku mesti mendapatkan dagingnya itu,’ fikir anjing liar.

Tanpa berfikir panjang, ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam sungai itu. Namun malang baginya, sebaik sahajya ia membuka mulutnya, daging yang sedang digonggong itu terjatuh ke dalam sungai.

マレー語

“Ahhh… bodohnya aku! Aku sepatutunya bersyukur dengan makanan yang aku ada. Bersikap tamak hanyalah akan merugikan diri sendiri…” rungut si anjing liar.

Akhirnya anjing liar terpaksa pulang alam kelaparan.